INFO GBMU

SEMALAM telah berlangsung wacana asasi oleh GBMU, selepas hampir dua minggu aktivis-aktivis GBMU mengambil keputusan untuk menangguhkan operasi pertubuhan koliasi tersebut.

Lebih dua (2) agenda telah diwacanakan dalam perbincangan tersebut. Pertama, hasrat GBMU untuk menganjurkan kelas pendidikan idealism kemahasiswaan dalam masyarakat kampus.

Kedua, internal brain-storming berhubung style aktivitisme GBMU pada waktu cuti semester ini.

1. Menganjurkan ‘Forum Alternatif Mahasiswa’ (FAM)
GBMU memang bercadang untuk melaksanakan FAM ini. Lebih dari itu, GBMU mahu melaksanakan pendidikan aktivis ini secara bekerjasama dengan kerajaan negeri.

GBMU mempunyai dua pertimbangan (objektif) dalam melaksanakan FAM ini. Pertama, untuk melunaskan salah satu objektif penubuhan GBMU sendiri - menerapkan pendidikan aktivis (kemahasiswaan) dan kesedaran sosial di kalangan mahasiswa dan belia di peringkat Utara.

Kedua, GBMU cuba untuk menjalinkan hubungan strategik dengan kerajaan negeri Pulau Pinang demi membangunkan potensi belia dan mahasiswa di peringkat negeri secara bersama.

Bertitik-tolak pada hasrat ini, GBMU sedang berusaha mengadakan janji temu dengan Timbalan Ketua Mentri Pulau Pinang, YB Tn. Hj. Mohd Fairuz bin Khairuddin memandangkan TKM sangat prihati dengan isu kemahasiswaan dan pembangunan belia di peringkat negeri.

GBMU mensasarkan FAM ini dilaksanakan secara bersiri; bermula pada pertengahan Julai 2008 dan akan tamat pada awal bulan Oktober 2008. Berikut adalah (cadangan) pra info FAM ini:-

SIRI 1 Selasa 22 Julai 2008 8 malam – 11 malam.
Tajuk : “Mahasiswa: Dahulu dan Sekarang”
Cad. panel : (1)Prof. Dr. Ridzuan Othman (UM) (cadangan 1); atau
(2)Sdr. Hishamudin Rais (bekas aktivis GM 1960an/70an) (cadangan 2)

SIRI 2 Selasa 5 Ogos 2008 8 malam – 11 malam
Tajuk : “Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU): pinda atau mansuh?
Cad. Panel : (1)Prof. Dr. Ab. Aziz Barri (UiAM) (cadangan 1); atau
(2)Cik Latipah Koya (Peguam & aktivis HAM)

SIRI 3 Selasa 19 Ogos 2008 8 malam – 11 malam
Tajuk : “Mahasiswa, Patriotisme dan Cita-cita Kerajaan Malaysia
Cad. Panel : (1)Dr. Muhd Puad Zarkashi (Ahli Parlimen Batu Pahat & UMNO); atau
(2)Datuk Saifuddin Abdullah (Ahli Parlimen Temerloh & UMNO)

SIRI 4 Selasa 2 September 2008 8 malam – 11 malam
Tajuk : “Parlimen Belia Malaysia : Konsep dan Fungsinya”
Cad. Panel : Prof. Dr. Ramasamy (USM)

SIRI 5 Selasa 16 September 2008 8 malam – 11 malam
Tajuk : “Belia dan budaya-budaya popular di Malaysia”
Cad. Panel : Dr. Saedah Siraj (UM)

SIRI 6 Selasa 30 September 2008 8 malam – 11 malam
Tajuk : “IPTA: Kebebasan Akademik dan Autonomi Kampus”
Cad. Panel : Dr. Syed Husin Ali (ahli akademia & PKR)

SIRI 7 Selasa 7 Oktober 2008 8 malam – 11 malam
Tajuk : “Generasi Muda dan Masa Depan Malaysia”
Cad. Tajuk : Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR)

Tempat perwacanaan sekitar Pulau Pinang dan GBMU bercadang untuk membuat kerjasama dengan kerajaan negeri sekali lagi untuk menggunakan premis-premis kerajaan negeri.

Wacana ini telah memutuskan Sdr. Irfan sebagai Pengarah FAM ini dan beliau dibantu oleh Sdri. Khairul. Kedua-dua individu ini diberi hak autonomi dalam membentuk ad-hoc dll demi merealisasikan FAM ini.

Cuti semester ini, ­tumpuan ad-hoc FAM lebih pada menyediakan proposal, membentuk jawatankuasa kerja, mencari dana, dan menguruskan beberapa protokal dengan kerajaan negeri dan panalis-panalis yang berkaitan.

Mungkin ada perubahan pada info di atas, dan mungkin sebaliknya. Bergantung pada keputusan semasa oleh ad-hoc FAM.

2. Brain-storming tentang style pergerakan GBMU dalam waktu cuti semester ini
Banyak perkara diwacanakan dalam siri wacana kali ini. Hasil perwacanaan tersebut, terdapat beberapa persetujuan telah dibuat sebagaimana di bawah:

PERTAMA, GBMU seharusnya mengadakan mesyuarat berkala sekali per minggu. Setakat ini, masing-masing pertubuhan bersetuju bahawa hari Sabtu dan Ahad tidak boleh dijadikan hari mesyuarat asasi GBMU kerana persatuan-persatuan asasi lazim menjalankan program asasi mereka pada kedua-dua hari tersebut.

KEDUA, Orientasi pergerakan GBMU seharusnya bersifat forum, bukan menjalankan program-program asasi sebagaimana yang lazim dilaksanakan oleh pertubuhan-pertubuh an yang bergabung di bawah GBMU.

Atas maksud tersebut, semua aktivis bersetuju untuk membincangkan dan menyaring isu-isu semasa untuk digarapkan oleh GBMU secara reflektif dan berkesan – mengeluarkan kenyataan akhbar dan menyampaikan pandangan dalam media massa.

Justeri, setiap persatuan di bawah gabungan diminta membuat persediaan isu sama ada setempat atau nasional dan diminta bawa ke siri wacana GBMU seterusnya.

KETIGA, GBMU juga akan cuba menjalinkan hubungan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) di peringkat negeri.

Setakat ini, GBMU bersetuju untuk menyertai perbicangan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri; di bawah Sektor Belia dan Mahasiswa.
Wakil SUARAM Pulau Pinang menawarkan diri untuk memaklumkan hal tersebut dari semasa ke semasa.

HARAPAN
Semoga segala yang dirancang boleh dilaksanakan dengan penuh bersabar dan berhati-hati. Pergerakan kita seharusnya atas dasar kefahaman yang sahih, bukan lantunan semangat semata-mata.

Walaupun pergerakkan kita tidak segah parti-parti politik; atau NGOs yang berkaliber; atau pertubuhan-pertubuh an mahasiswa di Lembah Klang (seperti SMM, PKPIM, GAMIS dll); namun kita seharusnya tekun menerapkan pendidikan kesedaran di kalangan belia dan mahasiswa di peringkat UTARA.

Sekian, terima kasih!

“PENDIDIKAN ASAS PERUBAHAN”

Posted in |

1 comments:

  1. Anonymous Says:

    PERINGATAN HARI KIAMAT DARI AL-MASIH

    ————————————————–

    ( SULIT DAN PERSENDIRIAN )

    Salinan kepada:

    Yang Di Pertuan Agong Malaysia ( Baginda Sultan Mizan )

    Pejabat Istana Negara ( u/p Ust. Abd Aziz, Ust. Abd Rahman)

    Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (u/p Mufti)

    Pejabat Perdana Menteri Malaysia

    —————————————————

    JUMAAT 3 OKTOBER 2008

    Sila layari www.layarbahtera.com . Terima Kasih