Gabungan Bertindak Mahasiswa Utara (GBMU)

Gabungan Bertindak Mahasiswa Utara (GBMU) merupakan gabungan 5 pertubuhan Mahasiswa yang kebanyakkan beroperasi di USM.
Pertubuhan ini telah dipengerusikan oleh Sdr. Abdul Hadi b. Mohd dan Setiausahanya adalah Sdr. Heng Lung.
FAKTOR PENDESAK

PERTAMA, perubahan lanskap politik Malaysia khususnya di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis pasca PRU12 yang semestinya menuntut perdirian jelas dan style gerakan baru dari pertubuhan-pertubuhan mahasiswa di peringkat Utara.

KEDUA, kesedaran aktivis-aktivis mahasiswa sendiri berhubung realiti massa dewasa ini yang masih belum ada / tiada satu pentas atau wadah progresif yang boleh menghimpunkan pertubuhan-pertubuhan mahasiswa yang variasi di peringkat Utara.

KETIGA, mereka juga menyedari realiti pergerakan SMM dan GAMIS lebih menumpu pada mainstream utama iaitu Lembah Klang hatta mahasiswa-mahasiswa Utara kurang berpartisipasi disebabkan faktor geografi dan realiti beban kerja berpersatuan di peringkat pertubuhan/negeri sendiri yang patut lebih diutamakan.

KEEMPAT, mereka juga menyedari bahawa amukan isu di beberapa Universiti di sekitar Malaysia Utara dan memang telah dihadapi oleh semua pertubuhan-pertubuhan yang hadir secara persendirian seperti isu demokrasi kampus, kebajikan mahasiswa dan kepentingan generasi muda yang sudah semestinya mendesak pertubuhan-pertubuhan tersebut bergerak secara bersama di peringkat nasional.

KELIMA, mereka juga menyedari realiti mahasiswa di hampir semua kampus peringkat Utara semakin tandus idealisme kemahasiswaan jika dibandingkan dengan komuniti mahasiswa Lembah Klang yang sudah semestinya mendesak suatu kerjasama yang proaktif di kalangan pertubuhan-pertubuhan yang hadir demi menggarapkan semula pendidikan politik dan aktivitisme mahasiswa di lapangan kampus.
MISI DAN LANDASAN PERJUANGAN

PERTAMA, GBMU mestilah menjadi independence group, pressure group, watchdog dan check and balance kepada pihak kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan.

KEDUA, GBMU perlulah memberikan komitmen dalam usaha memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta akta-akta draconion yang seumpamanya.

KETIGA, GBMU perlu secara konsistan memperjuangkan demokrasi kampus dan kebebasan akademik di Universiti.

KEEMPAT, GBMU perlu mempertahankan kebajikan dan hak-hak mahasiswa sebagaimana yang dijamin oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dan Perlembagaan Persekutuan sendiri.

KELIMA, GBMU mestilah melaksanakan atau memperjuangkan semua isu-isu yang melibatkan kepentingan mahasiswa dan generasi muda Malaysia.

KEENAM, GBMU mestilah secara bersama mendominasi semula politik kampus dan kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) melalui proses Pilihanraya Kampus (PRK) yang bersih, adil dan demokratik.

KETUJUH, GBMU bertanggungjawab memberikan ‘kesedaran’ berhubung idealisme mahasiswa kepada masyarakat kampus (mahasiswa).

STUDENT POWER!!!

Posted in |

0 comments: